![]() | |||
| PENULIS ( DUDUK TIGA DARI KIRI) SEWAKTU MENYERTAI KURSUS BINA INSAN WARGA KPKK ZON TIMUR 2011 DI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA WILAYAH TIMUR PADA 15-17 MAC 2011 |
AZAHA OTHMAN
TIRAI DIRI
Isnin, 28 Mac 2011
Isnin, 20 September 2010
RAKAMAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431 H / 2010
9/9/10 : Hari puasa terakhir
9/9/10 : Hari puasa terakhir
10/9/10 : Hari Raya Aidilfitri pertama
' Alhamdulillah, sempat juga kami beraya di rumah baru walaupun tidak siap sepenuhnya lagi.'
11/9/10 : Hari Raya Aidilfitri Kedua
'Lemang adalah menu utama hari kedua. Bagaimanapun, sebelah petang kami tiga beranak pergi beraya rumah anak beranak di sekitar Jalan Panji Alam, Kg. Bukit Debu, Kuala Ibai dan Bukit Payung.'
Khamis, 24 Jun 2010
Isnin, 7 Jun 2010
LAPORAN TERKINI!!!
Penulis yang juga ahli seumur hidup Persatuan Wartawan Terengganu (PEWARTA) telah menyertai mesyuarat agung kali ke 4 PEWARTA di Dewan Ulik Mayang, Taman Budaya Negeri Terengganu serta telah dipilih menduduki AJK PEWARTA Bagi sesi 2010/2012. Terima kasih di atas kepercayaan ahli serta berdoa agar PEWARTA terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.Penulis juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Persembahan Khas Malam Pewarta 2010 serta bertindak sebagai Pengacara majlis rasmi yang mana program diadakan bertempat di Seri Iman, Kuala Terengganu (kediaman rasmi MB Terengganu) yang bermula jam 9.00 malam dengan dihadiri tetamu undangan sekitar 400 orang. (Foto dipetik dari Teganuku...Segalanya Di sini... Isnin, 7 Jun 2010)
YAB. Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu sebagai tetamu kehormat meminta penulis ( Tn. Hj. Wan Ahmad Ismail dan Tn. Hj. Embong Mohd ) menurunkan tandatangan kepada karya masing-masing setelah selesai majlis perasmian dan pelancaran karya-karya penulis yang terdiri 24 judul buku pelbagai genre hasil tulisan sembilan ahli PEWARTA. Turut bersama di pentas En. Windfred Chee, Pengarah Urusan serta anak beliau, En. Desmond Chee, Pengarah Pemasaran Syarikat Impiana Publication & Distributors. Sdn. Bhd.
YAB. Dato' Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu diiringi ahli jawatankuasa PEWARTA sedang menyampaikan hadiah utama tiket penerbangan MAS ke Jogjakarta kepada En.Othman Zaharudin Harun, Setiausaha Kerja MKN, tetamu bertuah pada malam tersebut.
Nota penting!!!
1- Syabas kepada Persatuan Wartawan Terengganu (PEWARTA) kerana telah berjaya melaksanakan MALAM PEWARTA 2010.
2- Tahniah kepada tokoh-tokoh yang telah menerima anugerah di antaranya ialah Anugerah Presiden (YAB. Dato' Hj. Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu), Anugerah Tokoh Masyarakat (Dato' Hj. Musa Ibrahim) anugerah Tokoh Wartawan ( rencana: Tn. Hj. Endut Ali, berita: Tn. Hj. Mohamed Jusoh, cerpen: Tn. Hj. Wan Hamzah Awang dan drama: Tn. Hj. Wan Ahmad Hj. Wan Ismail )
3- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB. Dato' Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu kerana sudi hadir merasmikan program MALAM PEWARTA 2010, menyampaikan anugerah-anugerah, melancarkan buku-buku karya ahli Pewarta serta Majalah Bulanan REALITI ini.
Selasa, 25 Mei 2010
Rakaman penulis yang juga Bendahari MKN ( lapan dari kiri ) menerima cek bagi pihak Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) Terengganu ketika Majlis Makan Malam sempena Malam Anak Seni Terengganu bersama YB. Datuk Hj. Za'abar bin Dato' Hj. Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu merangkap Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) Terengganu pada 25 April 2010 bertempat di Tingkat 1, Bangunan Marina, Pulau Duyung, Kuala Terengganu.
Langgan:
Catatan (Atom)
















